Tuesday 10 January 2012

PESAKIT DARAH TINGGI SEMBUH DENGAN BEKAM

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt, ini testimoni terbaru iaitu ayah mertua saya sendiri yang menghidap darah tinggi dan kencing manis sejak bertahun-tahun lamanya. Selama ini hanya bergantung kepada ubat-ubat hospital semata bagi mengawal darah tinggi dan kencing manis sahaja. Pada awalnya ayah mertua saya ni memang penakut nak bekam, katanya takut tengok darah tu keluar banyak nanti pengsan. Setelah sepupu bagi penerangan akhirnya beliau pun berani untuk mencuba setelah di pujuk berkali-kali. Pertama kali di bekam pada sebelum puasa dulu, di ikuti selepas raya dan setelah saya belajar bekam,maka beliau pun setiap minggu di bekam. (Rasanya kini sudah lebih 5x beliau berbekam) Akhirnya ayah mertua memberitahu saya yang dia dah sihat, darah tinggi dah takde lagi, doktor juga kata dah normal macam orang yang sihat sampai doktor yang merawat beliau pun pelik, maklumlah dah bertahun-tahun berulang-alik ke hospital ambil ubat je. Dan memang kali ni beliau cukup-cukup gembira dengan apa yang beliau alami. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah...
"Sesungguhnya pada bekam itu mengandungi penyembuhan"

Jadi pada pesakit darah tinggi tu bolehlah mencuba rawatan bekam untuk kesembuhan tanpa sampingan...tanpa ubat-ubatan....dan jaga pemakanan...insyaallah sembuh dengan izin Allah...

No comments:

Post a Comment