Monday 8 December 2014

APA YANG ANDA DAPAT JIKA ISTIQOMAH BEKAM AS-SYIFA

-Badan fizikal menjadi kuat

-Stamina meningkat

-Sistem imun meningkat

-Tidak lesu

-Badan sentiasa cergas

-Menjadi seorang yang aktif

-Badan kurang penyakit

-Jarang-jarang demam/selsema

-Tidur nyenyak

-Selera makan bertambah

-Mudah segala urusan

-Murah rezeki

-Wajah berseri

-Pahala amalan sunnah meningkat

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Anda mampu maengubahnya...
013-5211382 / 013-4835586
013-5211382 / 013-4835586
013-5211382 / 013-4835586
013-5211382 / 013-4835586
013-5211382 / 013-4835586
013-5211382 / 013-4835586

Monday 6 October 2014

Pusat Bekam As-Syifa' baru

Alhamdulillah...

Kami telah membuka kedai Pusat Bekam As-Syifa' pada 04/10/2014. Kami menawarkan Bekam Percuma untuk pelanggan kami yang hadir pada hari itu dan akan bersangsung sepanjang bulan oktober 2014 ini. Pastikan ada datang beramai ke pusat bekam kami untuk menikmati bekam PERCUMA!!

Monday 18 August 2014

MIGRAIN, SAKIT KEPALA, DAN SAKIT BADAN HILANG SELEPAS BEKAM AS-SYIFA

HILANGKAN STRESS MIGRAIN SAKIT KEPALA SAKIT BADAN ANDA. RAWATAN BEKAM LELAKI DAN WANITA. JOM SIHAT CARA NABI MUHAMMAD SAW :)
MASALAH UTAMA LELAKI & WANITA ZAMAN MODEN YANG HARUS BERBEKAM:
badan berangin kerana stress, keletihan berkerja, hadapi jalan sesak, tidur dan kerja dalam air cond, sakit sendi, sakit kepala, migrain. Atasi segera tanda-tanda penyakit awal ini sebelum menjadi lebih parah!!!! Di syorkan PAKEJ BEKAM OVERHAOUL 1 BADAN =21 CUPS DARI PUNCAK KEPALA HINGGA KAKI ANDA..
Lelaki & wanita muslim digalakkan berbekam sebulan sekali untuk membuang darah kotor dan toksin yang tertinggal di sekitar kulit anda. Mengapa anda tunggu hingga sakit kronik dan menghidap sakit kencing manis, darah tinggi, gout, stroke baru nak berbekam? MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT…AYUH JOM JADI SIHAT DENGAN PAKEJ BEKAM AS-SYIFA' PERAK DAN SELANGOR.
Inilah rupanya darah kotor(toxin) yang berjaya dikeluarkan dari badan orang yang kali pertama berbekam. Memang banyak, berlendir dan berketul-ketul. Maklumlah dah bertahun-tahun tersimpan dalam badan. Baru kini dikeluarkan. Ayuh, kita ramai-ramai kembali kepada pengubatan cara Nabi saw iaitu berbekam yang terbukti dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit moden dengan izin Allah swt.
Caj bekam darah: 1 cup = RM10 ( Tiada kos tersembunyi)
PAKEJ JIMAT : a) RM60 sahaja untuk 11CUP JIMAT RM50!!!
b) RM100 sahaja untuk 21CUP JIMAT RM110!!!!
Waktu perkhidmatan: Isnin-Ahad: Rawatan bermula dari 9.00 pagi hingga 9.00 malam
Appointment dan tempahan bekam boleh SMS@WhatsApp Nama Alamat Tarikh Masa Berbekam ke Siti/Lokman 013-5211382 / 013-4835586 Info >> Facebook: http://www.facebook.com/bekamassyifa?ref=hl ♥|LIKE|SHARE|♥
Rawatan BEKAM AS-SYIFA' kami bermula seawal jam 9 pagi. Anda tak perlu bersusah payah hendak ke pusat rawatan kami. Biarlah kami datang kepada anda.

Thursday 13 March 2014

HARGA PERKHIDMATAN BEKAM KAMI

Ramai Pelanggan Pusat Bekam As-Syifa' Teluk Intan menanyakan harga perkhidmatan kami, disini kami nyatakan. InsyaAllah.. semoga kita sama2 menghidupkan kembali Sunnah Nabi disamping mendapat kesihatan yang baik dan diBerkati oleh Allah s.w.t
Harga Bekam As-Asyifa' (RM10/Cup)
TAWARAN HEBAT!!!! DAPATKAN BEKAM PERCUMA DAN PAKEJ TERJIMAT!!!
pakeg 11 cup = RM60 JIMAT RM50
pakeg 21 cup = RM100 sahaja dan JIMAT RM110 dapat free 2~5cup
# kami sediakan khidmat Bekam terus ke rumah anda:
Parit 9,batu 16 1/2, Jalan Bagan Datoh, 36300 Sungai Sumun, Perak.
pastikan anda membuat temujanji anda terlebih dahulu:
En. Lokman ~ 0134835586 
Pn. Zubaidah ~ 0135211382
http://bekamsunnahpt9.blogspot.com/
Facebook : Pusat Bekam As-Syifa'

Thursday 27 February 2014

BERBEKAM KELUARKAN ANGIN, AIR DAN DARAH KOTOR SAHAJA

BERBEKAM KELUARKAN ANGIN, AIR DAN DARAH KOTOR SAHAJA -Detoksifikasi.Pengeluaran darah kotor ketika rawatan bekam adalah satu proses pembuangan racun/toksin/bahan kimia/sel darah merah yang mati dari pada sistem tubuh badan.Bahan-bahan tadi jika tidak dibuang akan menyebabkan 1001 penyakit pada manusia. -Merangsang pengeluaran zat antibodi.Ketika proses rawatan bekam, jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakanm akibat tusukan jarum bekam,kerosakan ini direspon tubuh dengan memproduksi sel T (zat antibodi tubuh) untuk mencegah adanya infeksi di lokasi pembekaman. Lokasi pembekaman yang merupakan titik akupuntur terhubung dengan organ-organ tertentu.Zat antibodi itu ternyata disalurkan tidak hanya ke lokasi pembekaman, namun juga ke lokasi organ-organ yang terhubung dengan titik akupuntur pembekaman tersebut. Sehingga di organ yang dimaksud terjadi pembasmian kuman-kuman patogen yang selama ini menyebabkan penyakit. Dengan demikian kuman mati dan organ pun dapat berfungsi secara normal. Inilah yang mengakibatkan terjadinya proses penyembuhan. -Merangsang pengeluaran regenerate hormone.Pada proses rawatan bekam jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakan sel-sel dan jaringan akibat tusukan jarum bekam.Kerosakan ini direspon tubuh dengan memproduksi regenerate hormone untuk memperbaiki kerosakan jaringan dan sel di lokasi pembekaman serta organ dalaman terdekat pada lokasi pembekaman itu juga. -Mukjizat perubatan sunnah.Kesembuhan penyakit setelah proses berbekam adalah satu mukjizat,ini kerana apa sahaja perintah Rasulullah SAW dalam kaedah perubatan (hadis) sudah tentunya ada jaminan kesembuhan daripada Allah SWT. Bekam Teluk Intan En. Lokmanulhakim (013-4835586) Pn. Siti Zubaidah Bostany (013-5211382)

Wednesday 26 February 2014

PERBEZAAN BEKAM DARAH DAN DERMA DARAH

BEKAM DARAH Darah yang keluar dari kapilari Berbekam mampu mengeluarkan toksin dan darah kotor Berbekam tidak mengeluarkan darah putih Berbekam mengeluarkan zat besi berlebihan DERMA DARAH Darah yang keluar dari arteri Darah yang keluar membawa semua kandungan bendalir keluar Sel darah putih dan sel darah merah turut keluar Mengeluarkan mineral dan zat besi daripada tubuh badan kita. Untuk temujanji berbekam di Hutan Melintang sila hubungi Pn Siti Zubaidah 013-5211382. Caj Rawatan Bekam: RM5/cup sahaja untuk 20 cup ke atas.

Monday 6 January 2014

BEKAM BANGKIT SERI WAJAH

Persoalan yang sering ditanya oleh masyarakat.. Berbekam di muka? Bolehkah? Tidakkah nanti akan menyebabkan lebam pada muka seperti yang biasa dilihat jika berbekam di badan? Ini persoalan yang bermain di fikiran, tetapi semua persoalan ini terjawab apabila diberitahu bekam boleh membantu wajah kelihatan cantik dan berseri sepanjang hari. Kebiasaannya wanita menjalani rawatan muka dengan menggunakan pelbagai produk moden di pasaran bagi mendapatkan kulit muka lebih cantik.... Mereka takut untuk berbekam di bahagian wajah kerana bimbang kesan sampingan termasuk parut selepas proses pengeluaran darah kotor. Namun bekam wajah kini menjadi semakin popular, bukan untuk menaikkan seri wajah supaya sentiasa cantik saja, malah dapat menghilangkan tekanan pada pengamalnya. 1. BERSIHKAN wajah dan sapu minyak VCO. Urut muka dengan minyak VCO untuk melancarkan darah dan oksigen pada wajah supaya toksin berkumpul. 2. BEKAM angin pada wajah selama 10 saat. 3. PASANG jarum dekat bekam dan cucuk pada muka (tiga hingga lima jarum digunakan). 4. SEDUT darah dengan bekam (kurang daripada satu minit). 5. TARIK bekam dan darah yang keluar dilap bersih. 6. LETAK minyak VCO untuk menutup luka dan menyembuhkan kulit. 7. Insyallah yakin kaedah bekam wajah dapat menaikkan seri. Bekam wajah juga dapat mengembalikan kesegaran dan mengekalkan keremajaan kulit wajah apabila toksin yang terkumpul dibuang melalui kaedah ini. Ia juga dapat melancarkan perjalanan darah di bahagian muka dan kepala. Bekam wajah biasanya dilakukan dalam tempoh singkat iaitu 30 minit berbanding bekam badan selama satu jam. Ramai lelaki dan wanita yang mengalami masalah migrain, jerawat, resdung dan sakit kepala menggunakan kaedah ini selepas mengetahui manfaatnya khususnya terhadap kesihatan dan kecantikan. Kebanyakan pelanggan berpuas hati terhadap kaedah ini kerana dapat mengurangkan masalah di muka dan kepala. Rawatan ini akan mengeluarkan darah kotor di bahagian bermasalah seterusnya dapat mengembalikan kesihatan kepada mereka. Dalam kaedah ini, tiga hingga lima cawan digunakan untuk wajah berbanding di bahagian badan yang menggunakan 11 hingga 21 cawan. Bekam wajah perlu dilakukan secara berterusan iaitu seminggu sekali bagi mendapatkan kesan lebih ketara dan mengekalkan kesihatan berpanjangan. Banyak faktor boleh menyebabkan kewujudan darah kotor, tetapi yang utama ialah tabiat pemakanan yang tidak sihat dan kaedah ini tidak menyebabkan rasa sakit, sebaliknya membuatkan kesihatan bertambah baik.

Sunday 5 January 2014

HIDUP LEBIH SIHAT DENGAN MENGAMALKAN SUNNAH BEKAM

KEINGINAN hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan. Pernahkah anda mengamalkan bekam bagi mengeluarkan darah dan angin kotor agar tubuh menjadi lebih sihat? Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud mengeluarkan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor daripada badan manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai al-Hijamah, iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan. Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia juga didakwa mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif. Pengamal kaedah perubatan bekam, Pn Siti Zubaidah menjelaskan bekam adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri. Sambungnya, berbekam adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT. Ada beberapa jenis bekam diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur. “Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia adalah bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi,” katanya. Pn Siti Zubaidah berkata, bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan. “Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama,” katanya. Seperti juga rawatan lain, amalan berbekam harus dimulakan dengan memeriksa badan pesakit. Bagi mereka yang arif soal berbekam mereka mampu mengetahui keadaan pesakit hanya dengan menekan urat tertentu di badan pesakit. Katanya, teknik bekam yang diperkenalkannya selamat, tidak sakit dan berbahaya dan mendakwanya berkesan mengubati dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa singkat, bekam didakwanya mampu memperbaiki dan menjadikan tubuh lebih sihat. “Daripada sentuhan berkenaan, penyakit akan dapat dikesan melalui kehangatan bahagian kulit pesakit yang akan mengeluarkan haba. Kaedah yang kedua melalui pemerhatian. Melalui kaedah ini pesakit yang mempunyai masalah kesihatan didapati mempunyai tanda kemerahan dan bengkak yang berkilat di bahagian kulit. Kulit pesakit juga akan kelihatan kasar, tebal, berwarna hitam dan bertompok-tompok. “Kaedah tekanan boleh digunakan dengan cara menekan bahagian tertentu. Apabila tekanan dilakukan pada bahagian itu pesakit akan berasa sakit,” katanya. Mengulas lanjut, Pn Siti Zubaidah berkata, bekam darah boleh dilakukan dengan mencucuk kulit bagi membolehkan darah kotor disedut keluar menerusi tiub khas. Rawatan ini dilakukan kira-kira 20 minit bergantung kepada ketahanan individu dan seelok-eloknya dilakukan pada waktu tengah hari kerana ketika itu urat saraf berkembang. “Pelanggan dinasihat tidak mengambil sebarang makanan dua jam sebelum melakukan sesi berbekam dan begitu juga mandi. Selain itu, mereka juga digalakkan untuk berehat selepas menjalani sesi rawatan. “Kelebihan mengamalkan bekam darah adalah ia menjanjikan kesegaran tubuh serta-merta sekali gus mengembalikan keserian kulit. Ini kerana darah yang keluar menerusi kulit adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit dalam badan,” katanya. Katanya, bekam darah juga dapat mengurangkan migrain dan masalah senggugut serta endometriosis serta melancarkan peredaran darah tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat dan malas justeru berbekam akan melancarkan peredaran darah semula. Antara kebaikannya lain ialah membantu menajamkan penglihatan dan menangani pelbagai penyakit iaitu 72 jenis penyakit seperti ketegangan urat, darah tinggi, kolesterol, sembelit, tekanan dan buah pinggang. Menjelas lanjut mengenai amalan bekam, Noraini memberitahu beliau juga menawarkan rawatan bekam angin digunakan untuk membuang angin dalam badan. Biasa dilakukan dengan menyedut angin menggunakan sejenis alat berbentuk pistol dan disedut menerusi bekas kaca. Bagi Pn Siti Zubaidah, bekam angin dilakukan ke beberapa bahagian badan pesakit seperti di pangkal tengkuk (bagi menghilangkan pening dan migrain), bahu (bagi mengurangkan tekanan), belikat dan pinggang. “Kebaikan bekam angin ialah membantu membuang angin dalam badan serta melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu memecahkan lemak, peluh serta melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki, mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar,” katanya. Menggunakan kaedah rawatan moden, Noraini memberitahu sebelum melakukan bekam pada pelanggannya, tubuh yang bakal disuntik dengan jarum disapukan dengan minyak bagi melembutkan permukaan kulit. Selepas itu, barulah melakukan bekam luncur iaitu dengan menolak bekas kaca ke atas dan bawah. Jika pelanggan mengalami rasa pening, bekam harus diberhentikan serta-merta. “Lazimnya bekal dilakukan secara ganjil iaitu lima, tujuh atau sembilan dan berikutnya. Buat pelanggan yang baru mencuba, saya tidak menggalakkan mereka lakukannya secara serentak atau berlebih-lebihan kerana khuatir mereka tidak biasa dengan hasil tindak balasnya dan boleh menyebabkan mereka pengsan. “Oleh itu, mereka perlu tenang dan bagi mereka yang mengalami tekanan, saya tidak galakkan mereka lakukannya. “Seiringan itu, selain mengamalkan 10 titik bekam yang harus dilakukan iaitu pada kepala, bawah telinga kiri dan kanan, leher, tulang bahu kiri dan kanan, pinggang kiri dan kanan serta bawah lutut kiri dan kanan mengikut Sunnah Nabi, saya juga lakukannya mengikut permintaan pelanggan,” jelasnya. Boleh dilakukan seawal usia tujuh tahun, Pn Siti Zubaidah berpendapat amalan berbekam seelok-eloknya diamalkan dua kali sebulan agar tubuh kembali sihat di samping penjagaan kulit. “Darah kotor yang keluar dari tubuh bukan saja membantu menyihatkan tubuh badan, tetapi sebaliknya mengembalikan keremajaan kulit tidak kira lelaki mahupun wanita,” jelasnya. call dan whatup kami 0134835586(lokman) dan 0135211382 (siti zubaidah) http://bekamsunnahpt9.blogspot.com/2011/10/merawat-gout-dengan-bekam.html