Wednesday 11 January 2012

BEKAM ADALAH CARA PERUBATAN TERBAIK

Dari Jabir RA, bahawa ada seorang wanita Yahudi dari penduduk Khaibar memasukkan racun ke dalam daging domba yang dipanggang, lalu menghadiahkannya kepada Rasulullah SAW. Baginda mengambil bagian kaki dan memakan sebagian darinya. Beberapa orang sahabat yang bersamanya juga ikut memakannya. Sebagian sahabat yang terlanjur memakannya ada yang meninggal. Lalu Rasulullah SAW melakukan rawatan bekam di bahagian dahinya karana daging yang terlanjur dimakan oleh baginda. Sahabat yang merawatnya adalah Abu Hindun, dengan menggunakan tulang tanduk dan mata pisau.
Untuk mengekalkan kesihatan rohani dan jasmani, Rasulullah SAW mengajar berbagai teknik pengubatan atau terapi sebagaimana terdapat dalam Sahih Bukhari dari Said Ibnu Jabir RA dari Ibnu Abbas RA dari Nabi SAW, bahawa Rasululllah SAW bersabda: “Kesembuhan itu ada dalam tiga hal, iaitu dalam manisan madu, alat bekam atau sedutan api. Namun aku melarang umatku melakukan sedutan api.” Bahkan Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu amalkan adalah al-hijamah (bekam).” (Muttafaq ‘alaihi)
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jika pada sesuatu yang kamu gunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah bekam.” (HR. Ibnu Majah, Abu Dawud)

Bekam Perak

Tuesday 10 January 2012

PESAKIT DARAH TINGGI SEMBUH DENGAN BEKAM

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt, ini testimoni terbaru iaitu ayah mertua saya sendiri yang menghidap darah tinggi dan kencing manis sejak bertahun-tahun lamanya. Selama ini hanya bergantung kepada ubat-ubat hospital semata bagi mengawal darah tinggi dan kencing manis sahaja. Pada awalnya ayah mertua saya ni memang penakut nak bekam, katanya takut tengok darah tu keluar banyak nanti pengsan. Setelah sepupu bagi penerangan akhirnya beliau pun berani untuk mencuba setelah di pujuk berkali-kali. Pertama kali di bekam pada sebelum puasa dulu, di ikuti selepas raya dan setelah saya belajar bekam,maka beliau pun setiap minggu di bekam. (Rasanya kini sudah lebih 5x beliau berbekam) Akhirnya ayah mertua memberitahu saya yang dia dah sihat, darah tinggi dah takde lagi, doktor juga kata dah normal macam orang yang sihat sampai doktor yang merawat beliau pun pelik, maklumlah dah bertahun-tahun berulang-alik ke hospital ambil ubat je. Dan memang kali ni beliau cukup-cukup gembira dengan apa yang beliau alami. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah...
"Sesungguhnya pada bekam itu mengandungi penyembuhan"

Jadi pada pesakit darah tinggi tu bolehlah mencuba rawatan bekam untuk kesembuhan tanpa sampingan...tanpa ubat-ubatan....dan jaga pemakanan...insyaallah sembuh dengan izin Allah...

Thursday 5 January 2012

MERAWAT STROKE DENGAN BEKAM

Stroke adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak. 
Pemulihan awal adalah teramat penting. Setiap mangsa stroke mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Lebih cepat terapi pemulihan dimulakan; lebih cepat otak dapat mempelajari semula pergerakan normal. Lebih lama terapi pemulihan ditangguhkan, lebih sukar bagi mangsa stroke untuk pulih.

Wednesday 4 January 2012

PENYAKIT GINJAL DAN TITIK BEKAM UNTUK MENANGANINYA

Ginjal merupakan bagian dari tubuh yang memiliki fungsi fital bagi manusia. Gijal merupakan organ ekskresi yang berbentuk mirip kacang. Sebagai bagian dari sistem urin, ginjal berfungsi menyaring kotoran (terutama urea) dari darah dan membuangnya bersama dengan air dalam bentuk urin. Pada manusia normal, terdapat sepasang ginjal yang terletak dibelakang perut, atau abdomen. Ginjal tersebut terletak di kanan dan kiri tulang belakang, di bawah hati dan limpa.
Pada orang dewasa, setiap ginjal memiliki ukuran 11 cm dan ketebalan 5 cm dengan berat sekitar 150 gram. Darah manusia melewati ginjal sebanyak 350 kali setiap hari dengan laju 1,2 liter per menit, menghasilkan 125 cc fitrat glomerular per menitnya. Laju glomerular inilah yang sering dipakai untuk melakukan tes terhdap fungsi ginjal.

Penyakit Gagal Ginjal adalah suatu penyakit dimana fungsi organ ginjal mengalami penurunan hingga akhirnya tidak lagi mampu bekerja sama sekali dalam hal penyaringan pembuangan elektrolit tubuh, menjaga keseimbangan cairan dan zat kimia tubuh seperti sodium dan kalium didalam darah atau produksi urine.
Penyakit gagal ginjal ini dapat menyerang siapa saja yang menderita penyakit serius atau terluka dimana hal itu berdampak langsung pada ginjal itu sendiri. Penyakit gagal ginjal lebih sering dialamai mereka yang berusia dewasa, terlebih pada kaum lanjut usia.
Penyebab Gagal Ginjal
Terjadinya gagal ginjal disebabkan oleh beberapa penyakit serius yang di dedrita oleh tubuh yang mana secara perlahan-lahan berdampak pada kerusakan organ ginjal. Adapun beberapa penyakit yang sering kali berdampak kerusakan ginjal diantaranya :
  • Penyakit tekanan darah tinggi (Hypertension)
  • Penyakit Diabetes Mellitus (Diabetes Mellitus)
  • Adanya sumbatan pada saluran kemih (batu, tumor, penyempitan/striktur)
  • Kelainan autoimun, misalnya lupus eritematosus sistemik
  • Menderita penyakit kanker (cancer)
  • Kelainan ginjal, dimana terjadi perkembangan banyak kista pada organ ginjal itu sendiri (polycystic kidney disease)
  • Rusaknya sel penyaring pada ginjal baik akibat peradangan oleh infeksi atau dampak dari penyakit darah tinggi. Istilah kedokterannya disebut sebagai glomerulonephritis.
Adapun penyakit lainnya yang juga dapat menyebabkan kegagalan fungsi ginjal apabila tidak cepat ditangani antara lain adalah: Kehilangan carian banyak yang mendadak (muntaber, perdarahan, luka bakar), serta penyakit lainnya seperti penyakit Paru (TBC), Sifilis, Malaria, Hepatitis, Preeklampsia, Obat-obatan dan Amiloidosis.
Penyakit gagal ginjal berkembang secara perlahan kearah yang semakin buruk dimana ginjal sama sekali tidak lagi mampu bekerja sebagaimana funngsinya. Dalam dunia kedokteran dikenal dua macam jenis serangan gagal ginjal, akut dan kronik.
Tanda dan Gejala Penyakit Gagal Ginjal
Adapun tanda dan gejala terjadinya gagal ginjal yang dialami penderita secara akut antara lain: Bengkak mata, kaki, nyeri pinggang hebat (kolik), kencing sakit, demam, kencing sedikit, kencing merah/darah, sering kencing. Kelainan Urin: Protein, Darah/Eritrosit, Sel Darah Putih/Lekosit, Bakteri.
Sedangkan tanda dan gejala yang mungkin timbul oleh adanya gagal ginjal kronik antara lain: Lemas, tidak ada tenaga, nafsu makan kurang, mual, muntah, bengkak, kencing berkurang, gatal, sesak napas, pucat/anemi.
Segera periksakan diri ke doktor apabila menemui gejala-gejala yang mengarah pada kelainan fungsi ginjal. Penanganan yang cepat dan tepat adakn memperkecil resiko terkena penyakit ginjal tersebut.
(Dari berbagai sumber)

Titik Bekam


Perubatan Ginjal 

Tuesday 3 January 2012

POINT BEKAM SUNNAH

Gambar di atas antaranya di bekam pada titik bekam sunnah antaranya di kepala titik Qomahduwah, tepi leher titik Akhda'aini, tengkuk titik Kahil dan bahu titik Tulang Besar. Titik bekam ini amat mujarab bagi pesakit darah tinggi dan migrain juga beberapa penyakit yang lain. Insyaallah.

Abu Na'im dalam bukunya at-Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadith marfu', "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit,di antaranya adalah lepra (kusta)."

Pada hadith lain disebutkan, "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk,kerana hal itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."

BEKAM DI PERAK

Anda yang ingin mendapatkan khidmat rawatan bekam ke rumah anda bolehlah menghubungi En Lokmanulhakim b Hj Md Ghazali di talian 013-4835586. Khidmat Bekam ke rumah ini untuk kawasan seluruh Perak dan Selangor. Sila buat temujanji awal. Caj rawatan adalah 21 cup RM 100 sahaja dan untuk kos transport RM10-XX mengikut jarak yang di fikirkan sesuai. Bekam untuk wanita akan di lakukan oleh Pn Siti Zubaidah bt Bostany. Kesihatan Adalah Hak Milik Setiap Insan.....