Tuesday 8 November 2011

BEKAM UNTUK YANG KABUR PENGLIHATAN


Anas bin Malik menceritakan, "Dahulu Rasulullah SAW biasa berbekam pada bahu dan dua pelipis kening baginda." Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada dua pelipis kening dan bahunya. Pada Sunan Ibnu Majah diriwayatkan daripada Ali bahawa Jibril pernah turun menemui Rasulullah SAW untuk mengajarkan bekam pada dua pelipis (kening) dan bahu baginda. Bekam di pelipis kening adalah bertujuan untuk menajamkan penglihatan yang kabur, rabun atau kurang jelas.

No comments:

Post a Comment