Sunday 30 October 2011

BEKAM UNTUK SAKIT LUTUT

SAKIT SENDI LUTUTMungkin anda pernah atau sedang mengalami sakit lutu tetapi tidak begitu mempedulikannya kerana berfikir ia tidaklah begitu serius. Namun jika rasa sakit ini berterusan ia boleh mendatangkan kesan serius kepada kualiti hidup kerana pergerakan menjadi terhad lantaran bimbang rasa sakit bertambah.

Faktor-faktor yang menyebabkan sakit lutut:

* Kecederaan lutut akibat aktivit berat
* Penyakit
* Berlebihan berat badan atau obesiti
* Peningkatan usia

Tanda-tandanya:

* Sakit apabila mula berjalan atau hendak bangun. Mungkin akan hilang apabila
berjalan.
* Sakit apabila naik turun tangga.
* Terdapat bunyi meretih atau berasa tidak selesa ketika menggerakkan sendi.

Puncanya:

* Belaku geseran antara tulang femur dan tibia di dalam sendi apabila rawan
rosak atau haus.
* Penggunaan lutut secara berlebihan.
* Tidak bersukan atau kurang aktiviti fizikal boleh menyebabkan otot di
sekeliling sendi menjadi lemah dan lutut boleh menjadi tidak stabil.

Oleh yang demikian, sekiranya anda ada mengalami simpton-simpton seperti di atas, segeralah datang berbekam dengan kami.

No comments:

Post a Comment