Kaedah Bekam Sunnah
-Ia juga dikenali sebagai bekam darah/al hijamah dan kaedah ini adalah SUNNAH.
-Umat islam dianjurkan merasai bekam sunnah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
-Bagi orang sihat dianjurkan menerima rawatan bekam sunnah ini sebulan sekali dan bagi orang berpenyakit 2 minggu sekali.
-Mampu menyembuhkan hampir 93 jenis penyakit kritikal.
-Jurubekam wajib memakai sarung tangan untuk langkah keselamatan.
-Jarum yang digunakan perlu PAKAI BUANG dan setiap pelanggan akan diperuntukkan satu jarum baru.
-Proses sedutan darah akan dilakukan sebanyak 2x bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor.
-Diakhir rawatan bekam,kawasan yang telah dibekam akan disapu dengan alcohol swab untuk proses steril dan selepas itu disapu pula minyak but-but untuk memaksimumkan kesembuhan.
-Semua cawan bekam yang sudah digunakan akan dibasuh dengan teliti dan cermat dengan menggunakan cecair Dettol bagi proses STERIL/NYAHKUMAN.
Kepakaran Kami Adalah Menyediakan Perkhidmatan Rawatan Bekam Terus Ke Rumah Untuk Lelaki dan Wanita untuk mendapatkan kembali kesihatan anda dan mudah untuk beribadah kepada Allah swt. Teluk Intan, Bagan Datoh, Hutan Melintang, Sabak Bernam, Sungai Besar dan berhampiran... PALING MURAH, PALING MUDAH, PALING TAK SAKIT, KEMBALI SIHAT, TERUS GEMBIRA....!!! ALHAMDULILLAH.....
Tuesday, 8 November 2011
BEKAM SEBULAN SEKALI MAMPU MENGHINDARI PENYAKIT BUAH PINGGANG
Sakit buah pinggang semakin meningkat dikalangan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini,ia berpunca dari sikap orang Malaysia yang kerap mengambil ubatan klinikal pada dosage yang tinggi dengan jangkamasa yang panjang.Bila terlalu banyak ubatan klinikal berada pada sistem aliran darah,ia akan meningkatkan risiko sangkutnya bahan kimia tersebut pada sistem buah pinggang dan akan mengakibatkan kerosakan pada jangka masa yang panjang.Kaedah berbekam/al hijamah pula bertindak menyedut toksid/toksin/bahan kimia ubatan dari sistem darah badan dan hasilnya kita akan dihindari terkena penyakit buah pinggang kerana aliran sistem darah pada badan kita sentiasa bersih tanpa pencemaran ubatan klinikal apabila melalui proses filter di buah pinggang.
BEKAM UNTUK YANG KABUR PENGLIHATAN
Anas bin Malik menceritakan, "Dahulu Rasulullah SAW biasa berbekam pada bahu dan dua pelipis kening baginda." Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada dua pelipis kening dan bahunya. Pada Sunan Ibnu Majah diriwayatkan daripada Ali bahawa Jibril pernah turun menemui Rasulullah SAW untuk mengajarkan bekam pada dua pelipis (kening) dan bahu baginda. Bekam di pelipis kening adalah bertujuan untuk menajamkan penglihatan yang kabur, rabun atau kurang jelas.
Friday, 4 November 2011
BEKAM UNTUK SAKIT BAHU DAN TENGKUK
Untuk sakit bahu dan tengkuk akan di bekam di bahagian bahu dan tengkuk yang sakit, juga amat mujarab bagi mereka yang mengalami ketegangan urat leher.
Abu Na'im dalam bukunya at-Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadith marfu', "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit,di antaranya adalah lepra (kusta)."
Pada hadith lain disebutkan, "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk,kerana hal itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."
Pada hadith lain disebutkan, "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk,kerana hal itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."
Subscribe to:
Posts (Atom)